Monday, September 18, 2017

Yang aku namakan "bekas"

Dahulu aku tidak lagi tabah,
Melihat kau perlahan berubah,
Rebah aku usah kau papah,
Jika hati aku sudah kau patah.

Manisnya dulu kau berwacana definisi cinta,
Mencipta indahnya berfigura,
Beramputasi bagai esok tiada,
Oxytocin aku pudar, mencari mana khilafnya.

Aku sedar saat aku sudah hilang,
Siang aku tidak lagi terang,
Tersedar aku tiada bayang,
Bagai dijampi berulang-ulang.

Pernah kita berjanji tiga perkara,
Menjadi yang jujur, setia dan saling percaya,
Namun semua kau buang begitu saja,
Hilang kau tanpa khabar berita,
Bodohnya aku terus setia.

Kau tiba-tiba pergi,
Dan sekarang kau datang mencari,
Apakah motif kau kali ini?
Sudah tersedar kesilapan diri?
Penat aku berhati-hati kanan dan kiri,
Berhari-hari aku terasa diekori,
Aku rimas tolonglah jangan cari aku lagi.

Nukilan SheraIdris :)