Thursday, December 10, 2015

Gila Kerja

Pentingnya kerja bagi kau
Sampai sanggup tidak tidur
Sampai sanggup pulang lewat
Sampai sanggup berpenat lelah

Pentingnya kerja bagi kau
Pulang 7 pagi masuk kembali 12 tengah hari
Pulang 3 pagi masuk kembali 6 pagi
Pulang 6 petang masuk kembali pukul 11 malam

Pentingnya kerja bagi kau
Bila diberi cuti kau tetap ke tempat kerja
Bila diberi cuti bersalah nak terima

Semoga diberi rezeki yang barakah
Semoga jangan boros lagi
Semoga simpan untuk nanti nanti
Semoga segala impian dapat dibeli

Jaga diri kau disana
Aku disini akan setia menanti
Ya, aku akan sabar menanti
Walau berpuluh tahun lagi macam ni

Nukilan SheraIdris :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..