Thursday, December 10, 2015

Masa

Beli jam mahal-mahal
Tak guna juga kalau tak pandai nak tepati
Beli jam mahal-mahal
Tak guna juga kalau tak pandai nak hargai

Masa tak pernah salah
Yang salah adalah engkau
Engkau yang berjanji
10 minit lagi, oh! 5 minit lagi

Beli jam mahal-mahal
tapi masa kelihatan murah dimata kau
Beli jam mahal-mahal
tapi sayang senang kau bazirkan

Masa tak pernah berhenti
ia akan tetap berdetik walau apa pun berlaku
tik tik tik tik

kau tau apa itu masa?

Nukilan SheraIdris :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..