Sunday, December 27, 2015

Penat II

Penat
Itu yang kau ucapkan
Sedang aku menunggu kaku berjam lama
Tapi masih bayang kau tiada
Bila hati tidak tahan lamanya waktu berlalu
Sabar, Sabar, Sabar
Bisik hati tenangkan jiwa
Aku cuba call jika masih kau perlukan waktu
Gertak jika ingin aku pergi tinggalkanmu
Tapi kau seakan tidak peduli
Panggilan berkali kau matikan
Biarkan aku pergi tanpa ada halangan

Penat
Itu yang kau ucapkan
Malam sebelum kau katakan 12 atau 1 masa pertemuan
Saat aku terlambat, aku resah memikirkan kau kelaparan
1:40 aku cuba lekaskan pergerakan
Setiap saat asyik aku melihat ke arah jam
Sambil bungkuskan nasi ayam jika kau perlukan
Penuh ikhlas aku hiaskan
Tapi kau tolak tidak mahu menerima pelawaan

Penat
Itu yang kau ucapkan
Saat aku melangkah keluar dari rumah
Jauhnya perjalanan tidak pernah aku berkira
40 minit jika halangan trafik tiada
Panas terik silaunya mata
Sakit hati dek pemandu yang gila
Hilang keringat pusing kepala

Penat
Itu yang kau ucapkan
Sejam masa sudah berlalu dan aku tetap menunggu
Aku tidak pernah kisahkan semua itu
Asalkan sampai kau dan aku bertemu
Untuk hilangkan sikit rasa rindu

Biarlah
Rehatlah sampai hilang penatmu
Rehatlah penuhkan masa cutimu
Tidurlah andai ia dapat menenangkanmu
Maafkan aku yang sering menggangu
Maafkan aku buatkan kau penat selalu
Maafkan aku jika terguris hatimu
Semoga kau tenang saat ketiadaan aku

Nukilan SheraIdris :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..