Wednesday, January 27, 2016

Berubah

Bila hati berkata-kata, "Aku Ingin Berubah"
Kadangkala diri ini terbabas juga
5 waktu pon tertinggal satu dua
Mengaji, zikir dan selawat hampir terlupa

Dimana hilangnya wahai sahabat?
Yang kiri atau kanan, jauh mahupun dekat
Yang sentiasa mengigatkan akan kebaikan
Yang mana Halal yang mana Haram
Yang sentiasa mengajak solat, ceramah dan dakwah,
Bagi memenuhi taman firdausi

Bukan tidak boleh berdiri sendiri
Tapi lebih baik ada bimbingan di sisi
Tunjuk yang elok, yang salah tolak ke tepi

Maka, tegurlah, bukan mencaci
Sayangilah, hapuskan sifat membenci
Maafkanlah, jauhkan untuk berdengki
Mudahkanlah, menyusah jangan sekali
Ingatkanlah, tapi jangan memerli

Kerana diri ini masih lemah
Diri ini mudah terlupa
Mudah terleka
Dan aku cuma hambaNya yang perlukan petunjuk
Dan aku juga perlukan panduan yang lurus
Bersama-sama kita berpimpin
Untuk ke Syurga Firdausi yang Hakiki

Nukilan SheraIdris :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..